? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM 1 MALAYSIA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MY NAME

ANDA PENGUNJUNG YANG KE??

SLOGAN 1MALAYSIA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SLOGAN ICT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SALAM MAULIDUR RASUL

SELAMAT MENGAHADAPI PEPERIKSAAN PMR TAHUN 2010

Sabtu, 13 Mac 2010

BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN

Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
SUMBER: rahsiataman

Khamis, 11 Mac 2010

PENDUDUK PELBAGAI KAUM

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik.Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India.
Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.
Melayu

Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.
Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

CINA
Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.
INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

KUMPULAN ETNIK PRIBUMI
ORANG ASLI
Orang Asli adalah terma yang digunakan untuk kumpulan etnik pribumi yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagi kepada tiga kumpulan utama: Negrito, Senoi dan Proto-Melayu. Kumpulan Negrito biasanya tinggal di utara, Senoi di pertengahan dan Proto-Melayu di selatan. Setiap kumpulan dan kumpulan etnik kecil mempunyai bahasa dan budaya tersendiri. Ada yang menjadi nelayan, peladang dan ada yang kerap berpindah-randah.

SARAWAK
Secara kolektifnya, kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. ‘Dayak’ yang bermakna ‘hulu’ atau ‘pedalaman’, digunakan sebagai istilah umum oleh penduduk Islam pinggir pantai bagi merujuk kepada lebih 200 kumpulan suku peribumi yang tinggal di kawasan pedalaman. Lazimnya mereka tinggal di rumah panjang, iaitu rumah komuniti tradisional yang boleh memuatkan antara 20 hingga 100 buah keluarga.

IBAN
Kumpulan etnik terbesar Sarawak, kaum Iban merangkumi 30 peratus populasi negeri ini. Kadangkala mereka dikategorikan secara salah sebagai etnik Dayak Laut kerana kepakaran mereka menggunakan bot, bagaimanapun, mereka sebenarnya kaum dari hulu sungai di tengah-tengah Kalimantan. Dahulu kala, mereka adalah pejuang yang sangat gagah berani dan terkenal dengan ‘ngayau’ atau pemburuan kepala serta aktiviti pelanunan. Secara tradisi, mereka menyembah tiga Tuhan di bawah kekuasaan Singalang Burung, Tuhan burung peperangan. Walau kebanyakan mereka kini beragama kristian, mereka masih mengamalkan amalam tradisi.

BIDAYUH
Kaum Bidayuh Sarawak terkenal kerana keramahan budaya mereka, selain menjadikan kawasan pergunungan negeri ini sebagai tempat kediaman. Ada yang merupakan peladang, dan pemburu. Mereka juga terkenal kerana minuman tuak (arak beras). Dahulu, sewaktu zaman pemburuan kepala, hasil pemburuan tersebut diletakkan di dalam sebuah ‘baruk’. Baruk adalah sebuah rumah bulat yang dahulu kala menjadi tempat bagi pemuda Bidayuh mengawal kampung mereka. Ia dibina tinggi, kira-kira 1. 5 meter dari tanah dan berfungsi memantau pergerakan dari pelbagai arah. Asalnya mereka mengamalkan ajaran animisme dan kini ramai yang telah memeluk agama Kristian.

ORANG ULU
Dikenali sebagai kaum hulu sungai Sarawak, mereka kira-kira 5.5 peratus populasi Sarawak dan terdapat lebih 100,000 suku etnik Orang Ulu di sini. Mereka adalah antara kaum pribumi Borneo yang paling artistic, dengan penggunaan pelaratan yang dihiasi seni tangan manik yang halus, dan juga kaum wanita yang berpangkat tinggi turut menghiasi tubuh mereka dengan seni lukisan tatu.

SABAH
Kaum etnik terbesar Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.

KADAZAN DUSUN
Kumpulan etnik terbesar Sabah, Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi negeri itu. Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

BAJAU
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda, yang turut dipamerkan setiap tahun di festival Tamu Besar di Kota Belud.

MURUT
Kaum etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi 3 peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Seperti kebanyakan kaum pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.

SUMBER: tourism.

8 NILAI-NILAI 1MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti
1. BUDAYA KECEMERLANGAN
Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
2. KETABAHAN
Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
3. RENDAH HATI
asa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.
4. PENERIMAAN
Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik. Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan
‘1 Malaysia’. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.
5. KESETIAAN
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin. Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan.
Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.
6. MERITOKRASI
eritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baikatau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan. Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.
7. PENDIDIKAN
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka. Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama. Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.
8. INTEGRITI
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan. Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.
SUMBER: 1Malaysia

PERDANA MENTERI: RUMAH TERBUKA 1MALAYSIA PENGIKTIRAFAN LUAR BIASA KEPADA PERAYAAN KEAGAMAAN


KOTA KINABALU, 29 Dis (Bernama) - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) oleh kerajaan pusat merupakan pengiktirafan luar biasa kepada pelbagai agama yang menjurus kepada mewujudkan keamanan dan perasaan muhibbah di kalangan rakyat negara ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penganjuran majlis itu menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada benar-benar mahu memupuk semangat saling hormat-menghormati anutan agama pelbagai kaum.
"Perayaan keagamaan seperti Krismas lazimnya disambut di merata tempat yang berkisar dalam satu keluarga. Tetapi Malaysia mencipta kelainan dan keunikan.
"Satu, sambutan berpaksikan kekeluargaan dinaikkan ke peringkat nasional yang dihadiri pembesar, satu pengiktirafan kepada pelbagai agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia.
"Kedua, amalan rumah terbuka yang kita adakan menjadi satu nilai budaya rakyat yang merentasi kaum dan agama, konsep yang kita bersedia untuk menerima rakan-rakan untuk kunjung-mengunjungi dan menyambut perayaan bersama," katanya semasa berucap pada MRTM Krismas di sini Selasa.Najib berkata penganjuran Rumah Terbuka Malaysia juga menjurus kepada pembinaan negara melalui perkongsian nilai-nilai yang sama dalam setiap agama.
"Kita mengambil nilai-nilai yang baik satu-satu agama yang boleh kita kongsi dengan penganut agama lain."Semua perayaan seperti Krismas menekankan keamanan sejagat dan menyemai perasaan muhibah tanpa mengira kaum, budaya dan kepercayaan," katanya.Beliau berkata sambutan sesuatu perayaan di negara ini tidak sepatutnya hanya terhad kepada persembahan hiburan tetapi yang lebih penting menghayati mesej keamanan dan muhibah antara rakyat yang diterapkan dalam penganjuran sambutan itu.Mengenai pemilihan Sabah buat kali kedua sebagai tuan rumah MRTM Krismas 2009, Perdana Menteri berkata pemilihan tempat penganjuran majlis berkenaan iaitu di Padang Merdeka di sini memberi makna istimewa terutamanya kepada rakyat Sabah.
"Majlis kita tahun ini diadakan di tempat bersejarah di mana berlaku peristiwa bersejarah dan bererti, terutamanya kepada rakyat Sabah kerana pada 16 Sept 1963, di sinilah Sabah diisytihar merdeka di dalam Malaysia."Hari ini, di tapak yang sama, kita menyambut perayaan Krismas dengan perasaan muhibah dan meriah dengan semua kaum," katanya.Perdana Menteri juga berkata keputusan 46 tahun lalu yang dibuat di Padang Merdeka itu memberi keyakinan kepada kerajaan bahawa masa depan Sabah akan lebih terjamin dan bahagia.
SUMBER: bernama

5 PRINSIP RUKUN NEGARA



PENGENALAN KEPADA RUKUN NEGARA
Pencapaian perasaan kebangsaan serta identiti dan nilai bersama di kalangan rakyat negara ini boleh dicapai melalui dua cara. Pertama, kepatuhan rakyat kepada ideologi negara iaitu “Rukunegara”.
Rukunegara adalah menjadi menjadi peraturan hidup atau norma hidup yang sangat penting kepada setiap anggota masyarakat di negara ini. Kepatuhan kepada norma sosial adalah sangat penting, jika diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini,sudah pasti ia akan dapat mewujudkan perpaduan di kalangan kelompok berbagai kaum di negara itu.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Ini bermaksud bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia. Walaupun demikian, agama-agama lain daripada Islam boleh dipraktikkan oleh lain-lain kaum mengikut kepercayaan masing-masing . Tidak ada diskriminasi dikenakan kepada mana-mana anggota masyarakat atas dasar kepercayaan agama mereka. Menurut prinsip ini juga, negara kita tidak mengakui sebarang ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan.

KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Prinsip ini menekankan bahawa setiap rakyat negara ini perlu memberikan kesetiaannya yang ujur kepada Raja yang memerintah negara Malaysia iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekankan bahawa adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap rakyat yang setia untuk memahami dan menghormati isi kandungan, semangat serta latar belakang sejarah perlembagaan Malaysia. Latar belakang sejarah sangat penting kerana ia memberikan segala penghuraian dan perincian mengenai aspek-aspek yang berkaitan kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan lain-lain keistimewaan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak. Jelaslah bahawa keinsafan tiap-tiap warganegara ini adalah untuk menghormati serta mendukung isi kandungan perlembagaan serta boleh meninggikan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Sistem pemerintahan dan keadilan negara adalah berteraskan kepada undang-undang yang dibuat oleh kerajaan. Tiap-tiap rakyat negara ini tanpa mengira keturunan, agama dan kepercayaannya mendapat hak yang sama dari segi undang-undang. Hak kebebasan individu ini dijamin oleh undang-undang.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Mengikut prinsip ini, tiap-tiap orang dan kumpulan dalam masyarakat adalah dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara sopan dan susila. Ia haruslah mempunyai moral yang tinggi, menghormati orang lain dan menghindarkan dirinya daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang sensitif kepada sesuatu kaum seperti hal-hal yang berkaitan dengan ketaatan seseorang rakyat atas dasar asal keturunan kaumnya, bahasa, kebudayaan serta agama dan kepercayaan.

SUMBER: tutor


APA ITU MAKSUD 1MALAYSIA ??





PENGENALAN



Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.


Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.


1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.


1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.


Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.


1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.


Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.



DEFINISI
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

SUMBER: 1Malaysia

MATLAMAT 1MALAYSIA

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’
SUMBER: 1Malaysia

LIMA JUTA WARGA MALAYSIA AKTIF DALAM FACEBOOK

PUTRAJAYA 13 Mac - Kira-kira lima juta warga Malaysia sangat aktif dalam laman web sosial, Facebook, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ini satu petanda yang baik bahawa masyarakat kini memanfaatkan penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan kerajaan akan melaksanakan inisiatif jalur lebar seberapa luas yang boleh.
"Dengan itu, kita dapat menghubungkan semakin ramai warga Malaysia. Dengan itu, kita dapat menggunakan Internet untuk meningkatkan kesinambungan sosial kita.
"Keindahan Internet ialah ia meruntuhkan benteng antara kita. Ia meruntuhkan benteng (perbezaan) bangsa, agama dan usia. Kita berada di sini kerana kita dihubungkan di Internet," kata beliau dalam majlis jamuan teh Perdana Menteri bersama rakan Internet 1Malaysia di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana, di sini hari ini.
Turut hadir ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Nor Ashman Razak.
Kira-kira 300 rakan Internet beliau dari seluruh negara dan daripada pelbagai kaum serta peringkat umur menghadiri majlis itu.
Najib berkata kerajaan menggunakan teknologi terkini, iaitu Internet, sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat, contohnya, selepas beliau membentangkan Bajet 2010, beliau menerima beratus-ratus cadangan yang berguna daripada rakyat.
"Saya mahu anda semua merasakan bahawa anda mempunyai kerajaan yang sangat responsif kepada keperluan dan aspirasi rakyat Malaysia.
"...dan kami akan menggunakan teknologi terkini untuk berhubung dan berkomunikasi dengan rakyat Malaysia. Melalui cara ini, kita akan memperoleh komunikasi dua hala dan kesinambungan antara rakyat dan kerajaan.
"Memanglah orang akan mengutus surat, orang menulis dakwaan dan sebagainya, tetapi tiada yang serupa dengan penggunaan Internet kerana ia semestinyalah kaedah yang paling berkesan untuk berkomunikasi antara satu sama lain," katanya.
Mengenai majlis hari ini, Najib berkata pertemuan yang julung kali diadakan itu sebagai kaedah untuk mengenali secara bersemuka dengan rakan internet yang telah mengambil inisiatif untuk mendaftar sebagai rakan Facebook beliau.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau tidak dapat menjemput kesemua rakan internet beliau yang kini berjumlah kira-kira 120,000 orang dan jumlah itu meningkat setiap hari ini.
Beliau berkata kumpulan pertama seramai 300 orang dipilih memandangkan ia jumlah maksimum yang dapat memenuhi saiz dewan bankuet di Seri Perdana dan lebih ramai lagi akan dijemput pada majlis seumpama itu pada masa akan datang.
Daripada jumlah yang hadir, seramai 45 peratus daripada kalangan umur 15-29 tahun, antara 30-39 tahun (35 peratus) dan lebih 40 tahun (20 peratus), katanya.
Sambil melahirkan penghargaan kepada rakan Internetnya kerana sangat responsif dan turut meminta maaf kerana adakalanya tidak dapat membalas komen-komen yang diberikan, beliau menyifatkan majlis itu sangat berjaya.
"Ini kali pertama kita berjumpa namun saya dapat merasakan hubungannya. Saya mendoakan kejayaan anda semua dan komited kepada semangat 1Malaysia... anda semua penggerak yang penting bagi membangunkan negara bersama-sama dengan kerajaan.
"Ayuh kita bekerjasama dan menjadikan Malaysia negara yang utuh, bersatu padu dan makmur. Sila teruskan berhubung menerusi Internet," katanya.

SUMBER: Berita Harian

Selasa, 2 Mac 2010

"SEGERALAH BANGSAKU KITA GLOKALKAN"

KARYA: Y.A.B. DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
TIMBALANGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Dari tiupan bayu segar,

Bersama kicauan unggas desa,

atas kalimah keramat pejuangan sucu dicita,

hingga belantara batu menghiasi kata,

membuana pula ke seantero dunia sejagat.

Melayu bangsa tercintaku,

Apakah sudah terjulang martabat?

dari langkah kecil anak-anak tadika,

berkat perjuangan suci negara bangsa,

di menara gading bersaing siswi siswa,

hingga ke suara ASEAN, OIC, NAM, dan PBB.

Malaysia tanah airku,

apakah maju tahun 2020 nanti?

jika menjalar onar perpecahan,

andai menyekam bara pertelingkaran,

musnah wawasan tidak kesampaian,

hancur cita di hujung jalan,

perjuangan suci tinggal kenangan.

Malaysia tanak airku,

Malayu bangsa tercintaku,

hentikan, hentikan sengketa sesama kita,

padamkan, padamkan kesumat dendam membara,

bukan orang lain nan menanggung ruginya,

bukan orang lain nan merasa pedihnya,

kita, kitalah kan rugi segala-galanya,

jika iktisad tidak dipedulikan,

andai titis amanah diberi,

kiranya rasuah merebak, memusnah,

lumpuhlah kuasa, berbiaklah maruah.

Lantas, pilihlah jalan berpadu,

walau tapaknya penuh berliku,

sinar kejayaan menanti di depan,

segeralah bangsaku, kita glokalkan,

agama jadikan paksinya,

bangsa jadikan bentengnya,

tanah air itulah taruhannya,

juarailah teknologi, juarailah pengetahuan,

kembangkanlah binga-bunga perjuangan,

harumkanlah kelopak-kelopak keikhlasan,

Malaysia dan Melayu yang ku cintai.

Hebatkan nagara dunia mengenali,

pembelaan rakyat sebagai janji,

inilah sumpah, inilah perjuangan,

segeralah bangsaku kita glokalkan.

Selasa, 23 Februari 2010

PERTANDINGAN PERSEMBAHAN MICROSOFF OFFICE POWERPOINT

Pertandingan Persembahan Powerpoint Microsoff Office ini diadakan pada 1 November 2009. Pertandingan ini diadakan di
Makmal SMK Berangan. Pertandingan ini diadakan supaya para pelajar lebih mengetahui lebih lagi tentang kegunaan Program Microsoff Office...


Para pelajar sedang sibuk menyiapkan tugas mereka mengikut kumpulan masing-masing. Melalui program ini semangat kerjasama diantara para pelajar dapat diwujubkan. Mereka diberi tugas untuk mempersembahkan tentang
pengenalan diri mereka...

Ini ialah guru kami yang selama ini telah mengajar kami tentang pengguna komputer. Nama beliau ialah Cik Mastura bt Mustapa. Selama inilah beliau yang mengajar kami tentang cara-cara penggunaan Program Microsoff Office. Terima kasih cikgu kerana banyak membantu kami dalam bidang komputer ini...

Ini ialah peserta kumpulan saya. Nama kumpulan kami ialah 6sixth Ladies Yahoo.Com. Kumpulan saya terdiri daripada 6 orang ahli. Semasa pertandingan persembahan, kumpulan saya telah mendapat giliran yang terakhir untuk membuat persembahan. Oleh itu, kumpulan kami berpeluang melihat kumpulan-kumpulan yang lain membuat persembahan.

Ini adalah antara hadiah yang bakal akan diterima oleh pemenang pertandingan tersebut. Selain pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga, ada juga hadiah saguhati untuk peserta yang menyertai pertandingan ini.

Kumpulan kami sedang membuat persembahan tentang pengenalan diri masing-masing. Alhamdulillah persembahan kami berjalan dengan lancar.

Para juri sedang sibuk membuat keputusan sambil memberi komen tentang persembahan yang dipersembahkan oleh para pelajar sebentar tadi.

Setelah keputusan diumumkan, kami semua berdebar untuk mendengar keputusannya. Alhamdulillah setelah keputusan diumumkan didapati kumpulan kami iaitu 6sixth Ladies Yahoo.Com. Kami sungguh tidak sangka dan amat bersyukur kerana dapat menjuarai pertandingan tersebut.



Kami berpeluang bergambar bersama guru kami. Saya sangat bersyukur karana dapat menyertai pertandingan ini. Saya dapat mengenali lebih dekat lagi. Melalui pertandingan ini dapat mewujubkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar semasa menyiapkan tugasan untuk pertandingan ini. Saya berharap pertandingan ini dapat diadakan lagi.

Ahad, 21 Februari 2010

PENDAPAT SAYA TENTANG GAGASAN 1MALAYSIA


Pendapat saya tentang gagasan 1Malaysia ialah saya merasa bangga menjadi anak Malaysia. Malaysia ini dunianya aman dan maju. Bagi saya gagasan 1Malaysia akan tercapai matlamatnya jika wujubnya kerajaan perpaduan kaum. Saya menyokong sepenuhnya konsep 1Malaysia yang bertemakan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' yang diistiharkan oleh Perdana Menteri kita sekarang iaitu Dato' Mohd Najib bin Razak. Saya juga percaya pemimpin-pemimpin kita akan berjaya meletakkan semua generasi muda seluruh negara yang berbeza idealogi politik, agama dan kaum di bawah 'satu payung'.

Jumaat, 19 Februari 2010

MAJLIS PELANCARAN 1MALAYSIA BERSAMA RAKYAT NEGERI PERAK

Jumaat, 12 Februari 2010

1 MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Tanggal 3 April 2009 satu sejarah baru tercatat lagi dalam negara kita. YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam, menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Semasa peristiwa bersejarah majlis angkat sumpah tersebut, saya rasa puas dan bangga, majlis tersebut disaksikan oleh dua orang bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.

Tidak sangka betul saya dengan perdana menteri baru kita buat ucapan sulung sebagai Perdana Menteri. Ternyata, ucapannya sangat memberi kesan mendalam pada seluruh rakyat Malaysia.
Saya rasa bangga betul bila Dato’ Seri Najib menyebut begini, “ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

Untuk makluman kalian semua, apa yang perdana menteri baru kita sebut pasal Satu Malaysia, ada kaitan dengan usaha Jabatan Penerangan dalam Kempen Malaysia Perkasa dengan slogan Satu Jiwa, Satu Malaysia. Saya berharap sangat kempen ni dapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia.

Kepada YAB Dato’ Seri Najib, betulah kata orang, beliau mewarisi kepimpinan Allahyarham bapanya Tun Razak, yang tak pernah jemu berbakti pada rakyat sampai akhir hayatnya.
Saya yakin Dato’ Seri Najib mampu melaksanakan satu tranformasi kepada negara, demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama berganding bahu memberikan sokongan padu kepada kepimpinan baru negara.

Khamis, 11 Februari 2010

SEMANGAT HIJRAH MENEPATI KONSEP 1 MALAYSIA

Najib (kedua dari kanan) melancarkan Logo 1 Malaysia

PUTRAJAYA, Dis 17-Dato' Seri Najib Razak berkata semangat hijrah yang diamalkan dalam Islam sangat bertepatan dengan Gagasan 1 Malaysia yang merupakan kesinambungan prakarsa ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Perdana menteri berkata gagasan yang berteraskan kepada nilai murni yang berpaksikan prinsip keadilan sosial dan prinsip penerimaan sentiasa mnedahulukan kepentingan rakyat dan negara demi kemakmuran bersama.

Dalam perutusan Maal Hijrah 1431, beliau berkata cabaran paling besar yang dihadapi sepanjang 52 tahun penubuhan Malaysia ialah membentuk perpaduan rakyat, tetapi ironinya ialah, perpaduan boleh dipupuk melebihi sempadan politik demi kepentingan negara.

"Kekayaan ini tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan semangat hijrah yang tinggi, kesetiaan dan ketabahan. Kita telah melaksanakan agenda penghijrahan dalam bidang ekonomi dengan melakukan penghijrahan ekonomi berasaskan pertaanian kepada perindustrian".

"Sekarang, kita melaksanakan pula hijrah ke bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi. Ini semua bagi menjayakan transformasi ekonomi ke arah memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpenapatan tinggi secara holistik dan mapan, mengutamakan bidang inovasi dan kekal relevan dalam persaingan ekonomi global," katanya.

Najib berkata masyarakat negara ini harus berhijrah untuk sentiasa beprestasi lebih baik tanpa mengira peranan sama ada mereka pemimpin, kerajaan ataupun rakyat.

"Kita perlu mengurus kekayaan dan membina kekuatan ummah engan membajai dan menyuburkan kerukunan yang telah dipupuk selama ini".

"Ingatlah lipatan sejarah yang sarat dengan catatan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai, sehingga Malaysia kini muncul antara negara membangun paling maju, dinamik dan progresif," katanya.

Perdana menteri berkata, formula yang mendasari kekayaan ini adalah faktor perpaduan antara rakyat berbilang kaum an kepercayaan yang berteraskan kepaa konsep "wasatiyah" dengan menerima kemajmukan yang wujub sebagai sumber kekuatan.

"Natijahnya, walau apa pun definisi hijrah menurut perspektif kita, yang penting kita tidak boleh berkovensi dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan dan merintis inovasi baru," katanya.

Menurut Najib, semua kejayaan itu boleh digapai melalui penghijrahan nilai tambah kepaa lebih berinovasi tinggi dan daripada perpaduan sesama kepada perpauan Satu Ummah.

Perdana menteri berkata bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah, sebuah nagara yang maju dan progresif memerlukan ummah yang berpotensi dan sahsiah siri yang utuh an mapan.

Najib berkata konsep persaudaraan dan perpaduan yang diutuhi oleh Rasulullah pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira warna kulit, keturunan atau kedudukan.

"Masyarakat di Madinah waktu itu terdiri daripada pelabagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan dan mempertahankan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebesan mengamalkan agama kepada kaum bukan beragama Islam di bawah pemerintahan Negara Madinah," katanya.

PERTANDINGAN BLOG 1 MALAYSIA


Pertandingan blog 1 Malaysia ini diadakan buat pertama bagi sekolah saya. Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk memberi peluang pelajar untuk mengetahuai lebih lagi tentang konsep 1 Malaysia yang diistiharkan oleh Perdana Menteri kita sekarang iaitu Doto' Sri Mohd Najib Tun Razak. Selain itu juga, pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menarik minat para pelajar tentang konsep 1 Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menganjurkan progaram ini, terutamanya kepada Kelab Setia dan Unit ICT SMK Berangan.