? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM 1 MALAYSIA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MY NAME

ANDA PENGUNJUNG YANG KE??

SLOGAN 1MALAYSIA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SLOGAN ICT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SALAM MAULIDUR RASUL

SELAMAT MENGAHADAPI PEPERIKSAAN PMR TAHUN 2010

Ahad, 4 April 2010

IKRAR DATUK SERI NAJIB-TERUS BEKERJA UNTUK RAKYAT

HULU SELANGOR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk terus bekerja bersungguh-sungguh bagi mendukung amanah rakyat sempena ulang tahun pertama pentadbirannya hari ini.
Sambil mengakui tidak mudah untuk mentadbir sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, Perdana Menteri berkata, hanya kerajaan yang benar-benar berpengalaman mampu membawa negara ini melangkah lebih jauh.
"Sempena ulang tahun yang pertama ini, saya berikrar sekali lagi bersama dengan rakan-rakan saya dalam pentadbiran bahawa kami akan bekerja bersungguh-sungguh supaya negara kita ini terus berjaya dan bukan sebaliknya.
"Negara seperti Malaysia tidak mudah untuk ditadbir dan saya sebagai Perdana Menteri amat merasai perkara ini. Sebab itu penting untuk rakyat memilih pemimpin yang tepat dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak pengalaman untuk menguruskan negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi di sini hari ini.
Perdana Menteri menambah, beliau bersyukur kerana sepanjang setahun pentadbirannya, kerajaan telah membawa banyak perubahan yang menguntungkan rakyat manakala sesetengah lagi hanya menunggu masa untuk membuktikan kejayaannya.
"Ibarat kita menanam pokok takkan hari ini tanam, kita sudah hendak petik buah, ada juga sehari dua boleh nampak kejayaan, ada juga yang memakan masa, tetapi saya amat teliti tentang perkara ini.
"Saya juga akan memastikan segala janji BN kepada rakyat akan dilaksanakan kerana perjuangan parti adalah untuk membantu dan membela kepentingan rakyat,'' jelasnya.
Mengulas mengenai hasil kaji selidik Merdeka Centre bahawa sebanyak 68 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasinya selaku Perdana Menteri, Najib berkata, ia petanda yang baik.
"Saya tak tahulah apa ukuran kepercayaan ini tetapi saya dapat lihat pada wajah tuan-tuan dan puan-puan bila saya bersalaman pagi tadi, nampaknya air muka yang manis.
"Bila saya bersalaman saya dapat merasa arus yang baik, yang positif bukan arus yang menyentak saya, itu mungkin satu ukuran,'' katanya.

OERUMAHAN UNTUK GENERASI BARU FELDA

Najib Tun Razak yang genap setahun sebagai Perdana Menteri, meninjau model rumah kos rendah untuk warga Felda ketika mengadakan lawatan di Hulu Selangor, semalam.
HULU SELANGOR 3 April - Kerajaan sekali lagi mengotakan janjinya untuk mendahulukan rakyat apabila bersetuju membina sebuah lagi projek perumahan warga Felda untuk Gugusan Felda Sungai Dusun di kawasan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan sedar tentang keperluan dan permintaan generasi baru Felda yang memerlukan rumah kediaman.
"Projek yang akan dilaksanakan ini terletak di Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar melibatkan pembinaan 250 unit rumah.
"Rumah yang akan dibina ini adalah berkonsep mampu milik terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik,'' katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan di Felda Soeharto di sini hari ini.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, projek perumahan itu merupakan sebahagian daripada komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu generasi baru Felda memiliki rumah yang selesa.
Katanya, warga peneroka boleh memiliki rumah tersebut melalui pembiayaan daripada institusi kewangan dan bagi yang tidak mendapat pembiayaan, mereka boleh memiliki rumah melalui skim sewa beli.
Mengenai kos pembinaan rumah berkenaan Perdana Menteri berkata, ia menelan belanja kira-kira RM32 juta.
"Harga setiap unit ialah RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah,'' ujarnya.
Najib menjelaskan, kerajaan terpaksa membiayai kos infrastruktur projek itu berjumlah RM20,000 seunit yang terdiri daripada kos sistem kumbahan, perparitan, jalan, tiang lampu, tempat rekreasi dan seumpamanya kerana hasil jualan rumah itu sebenarnya tidak mampu menampung kos pembinaan.
Jelas beliau lagi, sehingga kini kerajaan telah menyiapkan 1,357 unit rumah di empat lokasi dengan kos berjumlah RM54.8 juta dan ia sudah diduduki oleh peneroka.
Menurutnya, sebanyak 1,326 unit lagi sedang dalam pembinaan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM118.8 juta dan dijangka siap secara berperingkat dalam tahun ini.
SUMBER: utusan Malaysia/mingguan malaysia

NAJIB TUN RAZAK MENERIMA CENDERAMATA


Najib Tun Razak menerima cenderamata semasa melawat pit stop pasukan Mercedez Gp Petronas F1 Team ketika Formula 1 Malaysia Grand Prix 2010 di Litar Sepang, 4 April.
SUMBER: utusan Malaysia

Khamis, 1 April 2010

3 LANGKAH BARU ELAK SELEWENG KONTRAK KERAJAAN

Najib Tun Razak diiringi Ahmad Husni Hanadzlah bersalaman dengan kakitangan Kementerian Kewangan di Majlis Pelancaran Portal MyProcurement-Pusat Maklumat Perolehan Kerajaan di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA 1 April - Kerajaan melaksanakan tiga lagi langkah tambahan berkaitan perjanjian integriti sebagai usaha mengelakkan rasuah dalam urusan perolehan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah yang dikuatkuasakan mulai hari ini mewajibkan semua pembida tender menandatangani surat akuan pembida dan surat akuan pembida berjaya.
Seterusnya, beliau berkata, pembida berjaya perlu menandatangani teks perjanjian yang mengandungi klausa pencegahan rasuah dalam perolehan kerajaan.
"Saya dimaklumkan bahawa surat arahan Perbendaharaan bertarikh 1 April 2010 berkaitan langkah-langkah 'integriti pact' disampaikan kepada semua pegawai pengawal pada pagi ini.
"Semua inisiatif itu dilakukan demi untuk memperbaiki dan memperkukuhkan tahap integriti dan ketelusan sistem perolehan kerajaan," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan portal Myprocurement di sini hari ini.
Portal berkenaan yang dibangunkan oleh tenaga pakar dalaman Kementerian Kewangan merupakan hasil inisiatif 'Membanteras Rasuah' di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Klausa khas mengenai 'integrity pact' telah dimasukkan dalam semua teks perjanjian kontrak-kontrak kerajaan mulai 28 Februari 2009 untuk meningkatkan tahap integriti dalam semua urusan perolehan kerajaan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, klausa berkaitan pencegahan rasuah dalam teks perjanjian perolehan kerajaan merupakan satu komitmen dan akujanji pembida yang berjaya.
"Kalau dia (pembida) gagal memenuhinya maka tindakan boleh diambil dan sebelum itu dia kena faham apa tanggungjawab sebagai seorang yang sudah mendapat kontrak," katanya.
Sementara itu beliau berkata, portal Myprocurement yang boleh diakses melalui laman web Perbendaharaan dapat meningkatkan ketelusan selain memastikan keseragaman dalam penyebaran maklumat berkaitan perolehan kerajaan.
Katanya, portal itu memaparkan iklan tender, keputusan tender, dasar perolehan kerajaan, tatacara perolehan, soalan-soalan lazim, integriti pact dan lain-lain.
"Selama ini, persepsi orang ramai terhadap urusan perolehan kerajaan adalah kurang memuaskan malah ada suara-suara yang membangkitkan ketidakseragaman dalam penyebaran maklumat mengenai tawaran tender, ketidakadilan dalam proses pemilihan tender dan macam-macam lagi.
"Ada yang berpendapat kerajaan kurang mengambil berat dan tidak mempunyai iltizam politik yang kuat untuk memperbetulkan isu-isu tersebut," katanya.
Justeru beliau berkata, melalui portal berkenaan, kini orang ramai lebih mudah mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Memandangkan portal itu menjadi pusat pengumpulan semua maklumat perolehan kerajaan, Perdana Menteri mahu semua pegawai memberikan komitmen bagi memastikan semua iklan dan keputusan tender sentiasa dikemaskinikan.
"Maklumat yang dimuat naik mesti tepat dan cepat bagi menjamin integriti data tersebut agar tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak memandangkan maklumat tersebut dipaparkan kepada pengetahuan umum," katanya.
Beliau berkata, keputusan tender akan dipaparkan dalam tempoh 14 hari atau lebih cepat setelah surat setuju terima dikeluarkan kepada penerima tender yang berjaya.
"Maklumat dalam portal akan dikemaskinikan setiap satu jam sebab setiap kementerian akan mengemaskinikan maklumat masing-masing dan kita akan memuat naik apa yang dilakukan kementerian berkenaan," katanya.


SUMBER: Utusan Malaysia

Rabu, 31 Mac 2010

GUNA PENGANGKUTAN AWAM-PM

Najib Tun Razak meninjau salah sebuah gerabak Tren4-Gerabak 1Malaysia RapidKL semasa pelancaran kereta api tersebut di Depot RapidKL di Subang Jaya, Selangor, semalam. Turut mengiringi beliau Ong Tee Keat, Idrose Mohamed (kiri) dan Izzudin Dali (dua dari kanan). - UTUSAN/Mohd Naim Aziz
KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan hari ini melahirkan komitmennya untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat dalam usaha menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa sama pihak kerajaan juga akan berusaha mengubah cara pemikiran rakyat serta persepsi bahawa pengangkutan awam hanya untuk golongan berpendapatan rendah atau golongan bawahan.
Beliau yakin dengan tumpuan yang diberikan kepada dua perkara tersebut, ia mampu membantu kerajaan mencapai sasaran jumlah pengguna pengangkutan awam daripada 16 peratus ketika ini kepada 25 peratus menjelang 2012.
"Hakikatnya usaha ke arah menjayakan peningkatan penggunaan pengangkutan awam ini menuntut anjakan minda secara ketara di kalangan pengguna. Paling utama keperluan mengubah persepsi bahawa pengangkutan awam hanya untuk golongan berpendapatan rendah.
"Saya kadang-kadang tersenyum sendiri mengenangkan ada pihak yang tidak bermasalah untuk menggunakan pengangkutan awam bila berada di luar negara tetapi apabila berada di negara sendiri tidak sanggup menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) atau bas kerana menganggap ia kurang glamor,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Tren4-Gerabak 1Malaysia RapidKL untuk laluan Kelana Jaya di Depot Rapid KL di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, Pengerusi Prasarana Negara Berhad, Tan Sri Izzuddin Dali dan Pengarah Urusan, Kumpulan Prasarana Negara Berhad, Datuk Idrose Mohamed.
Najib berkata, antara kaedah berkesan untuk mengubah persepsi tersebut adalah melalui kenyataan serta sebaran umum secara berkala supaya rakyat sedar bahawa pengangkutan awam adalah pilihan terbaik.
Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan akan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.
"Pertama, meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa; kedua, meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam; ketiga, memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.
''Keempat, menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru,'' katanya.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, pertimbangan untuk membina atau memanjangkan laluan perkhidmatan LRT baru adalah mengikut keutamaan.
Beliau berkata, kerajaan tidak mampu melakukan pembinaan laluan LRT di semua tempat secara serentak walaupun ada permintaan kerana setiap laluan baru membabitkan kos yang tinggi.
"Oleh itu, kita kena pilih kawasan mana yang perlu didahulukan. Tapi kita boleh pertimbangkan,'' katanya.
Ditanya sama ada kerajaan bercadang memulihkan semula projek LRT di Putrajaya, Najib berkata: "Kita tengok dahulu. Belum ada keputusan.''
Berhubung rungutan orang ramai bahawa perkhidmatan bas RapidKL tidak memuaskan terutama daripada segi ketepatan masa, Najib berkata, perkhidmatan ini akan terus dipertingkatkan dengan penambahan sebanyak 450 buah bas lagi.
''Banyak lagi bas telah ditempah dan akan diperoleh secara berperingkat dan ini akan dilaksanakan demi kepuasan pengguna," katanya.
Terdahulu, Najib diiringi Tee Keat menaiki LRT dari stesen LRT Bangsar ke depot berkenaan pada pukul 3.25 petang dan sampai kira-kira 20 minit kemudian.
''Saya telah sampai dengan selamat dan merasai satu pengalaman manis,'' katanya dalam ucapan pelancaran.
Ketika dalam tren, Perdana Menteri turut meninjau segala kemudahan dan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam tren itu.
Tren4-Gerabak 1Malaysia RapidKL ini adalah versi terbaru tanpa pemandu Bombardier Transportation Advance Rapid Transit Mark II yang direka di Kanada dan dipasang di Mexico serta sebahagiannya di Malaysia.
Selain gerabak berganda, ciri-ciri tambahan yang terdapat pada gerabak ini adalah ruang khas untuk penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang keselamatan.
Terdapat juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya pendengaran serta tingkap kecemasan.
Tren tersebut juga adalah mesra bagi pengguna kurang upaya.
Tren LRT 1Malaysia ini adalah interpretasi Kumpulan Prasarana dalam merealisasi sokongan terhadap gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.
Ia turut memaparkan ilustrasi petugas RapidKL daripada pelbagai peringkat dan kaum
SUMBER: utusan Malaysia

Jumaat, 26 Mac 2010

120,000 SERTAI SURAT KEPADA PM

SERDANG 25 Mac - Pos Malaysia Berhad telah menerima hampir 120,000 penyertaan bagi Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri setelah tempoh pertandingan itu ditutup pada 19 Mac lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sehingga hari ini pihaknya masih menerima surat dari beberapa negeri yang lewat tiba di pusat saringan kerana masalah teknikal.

"Setakat ini Pos Malaysia sudah menerima 118,598 pucuk surat dan dijangkakan surat dari beberapa negeri akan tiba malam ini.

"Jumlah ini sudah melebihi sasaran awal sebanyak 100,000 pucuk surat bagi pertandingan ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat saringan pertandingan itu di Institut Latihan Pos Malaysia di sini hari ini.

Proses saringan awal telah dilakukan sejak kelmarin bagi menyenarai pendek surat-surat itu kepada 10,000 pucuk sebelum melalui proses saringan kedua.
Kira-kira 60 pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terlibat dalam proses saringan awal itu.

Aseh berkata, beliau sangat tertarik dengan beberapa pucuk surat kerana ada antaranya mengutarakan idea yang bernas dan ada yang meluahkan masalah mereka.

"Ada surat yang menyentuh perasaan pemeriksa apabila mereka menyuarakan kesusahan hidup yang ditanggung keluarga.

"Ini merupakan suara daripada akar umbi yang perlu diambil berat, pihak kami akan cuba mengesan individu yang terbabit untuk membantunya. Ini adalah tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan oleh Pos Malaysia,'' jelasnya.

Aseh turut tertarik dengan sepucuk surat yang ditulis oleh seorang pelajar dari Muar, Johor yang meluahkan hasrat datuknya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri.
"Menurut surat tersebut, datuk pelajar berkenaan teringin berjumpa dengan bapa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak namun tidak tercapai.

"Surat tersebut turut disertakan dengan gambar Tun Abdul Razak dan ini sangat menarik perhatian pemeriksa di sini,'' katanya.

Pos Malaysia akan menjilidkan 100 pucuk surat terbaik dalam pertandingan ini dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri.
SUMBER: utusan malaysia

PENGHAYATAN KONSEP 1MALAYSIA PERLU DIPERLUAS KE LUAR BANDAR

SUNGAI PETANI 25 Mac - Konsep 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diperjelaskan hingga ke akar umbi bagi memantapkan lagi pemahaman di kalangan rakyat terutama luar bandar.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha tersebut penting lebih-lebih lagi ketika kerajaan sedang berhadapan dengan usaha pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi konsep berkenaan demi kepentingan politik sempit.


"Kita dapati di luar bandar ada yang faham dan tidak kurang juga yang masih samar-samar dengan penghayatan gagasan 1Malaysia.
"Bagi mengelak prasangka buruk, kerajaan dengan bantuan agensi-agensi berkaitan perlu melipat ganda usaha menjelaskan kepada rakyat berhubung kebaikan konsep ini.


"Salah satu penerangan yang perlu ada ialah unsur-unsur yang boleh menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Rapat 1Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kedah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini hari ini.


Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Abu Hassan dan Pengarah Kampus UiTM Kedah, Prof. Madya Dr. Zaliha Hussin.
Mohd. Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, para pembangkang juga seboleh-bolehnya cuba mengaburi mata rakyat dengan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan perkara negatif.


Katanya, salah salah satu usaha tersebut ialah dengan mengaitkannya dengan konsep 1Israel.


"Memang apa yang dilakukan kerajaan sentiasa dipandang serong. Ini termasuk segala kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tidak dihargai,'' jelasnya.
"Contohnya, apabila Kerajaan Pusat membangunkan kawasan luar bandar di Kelantan, tiada pula Yang Berhormat pembangkang dari negeri itu mengucapkan terima kasih sebaliknya merungut di Parlimen mengatakan mereka diabaikan," jelasnya.


Dalam pada itu, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah meminta Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (Keda) mencari penyelesaian berhubung masalah gangguan bekalan air yang dilaporkan kritikal di Kedah sejak kebelakangan ini.


"Masalah gangguan bekalan air berpunca daripada kegagalan pengurusan oleh kerajaan negeri. Bagaimanapun, atas rasa bertanggungjawab terhadap rakyat, Kerajaan Persekutuan turut menghulurkan bantuan sewajarnya.


"Antara tindakan yang akan kita ambil ialah memasang pam khas untuk menyedut bekalan air bawah tanah dan disalurkan kepada penduduk," jelasnya.

SUMBER: utusan malaysia

Khamis, 25 Mac 2010

MALAYSIA DALAM KEDUDUKAN BAIK DI BAWAH NAJIB - JOHN MAJOR


HONG KONG 24 Mac - Bekas Perdana Menteri Britain, Sir John Major (gambar) memberi amaran bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak "berada dalam bahaya" kerana boleh memberikan politik "nama yang baik" berdasarkan kepimpinannya yang baik dan jujur.


Sambil memuji Najib, Major berkata: "Selepas mendengar apa yang sudah diucapkan oleh Perdana Menteri (Najib) tengah hari tadi dan malam ini, banyak yang akan bersetuju dengan saya bahawa Malaysia berada dalam kedudukan yang baik (di bawah kepimpinan Najib).


"Apa yang menyegarkan ialah beliau memberi (penjelasan) secara berterus terang, jujur dan tanpa berselindung. Saya bimbang Perdana Menteri (Najib) dalam bahaya kerana akan memberikan politik satu 'nama yang baik'."


Kata-kata Major itu mendapat tepukan gemuruh para hadirin yang pada majlis makan malam anjuran Kumpulan CIMB dan Credit Suisse di Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC) di sini malam tadi.


Major yang menjadi Perdana Menteri Britain dari 1990 hingga 1997 adalah Penasihat Kanan Credit Suisse, syarikat pelaburan antarabangsa yang berpejabat di Zurich, Switzerland.


Najib berada selama dua hari di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) ini bagi menghadiri Persidangan Pelaburan Asia (AIC) Ke-13 anjuran Credit Suisse, yang merupakan antara sebuah syarikat dana pelaburan utama di rantau Asia.


Menurut Major, turut menarik perhatian beliau ialah keupayaan Najib menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.


"Dalam menjawab soalan, beliau (Najib) benar-benar memberi jawapan dan pada beliau, tidak timbul sebarang isu mengenai 'soundbite' (patah perkataan dalam rakaman audiovisual). Saya sudah lebih 40 tahun bergiat dalam politik dan satu yang saya tidak sukai ialah 'soundbite'," ujarnya.


Major menceritakan pengalaman beliau bercakap kepada bekas Presiden Kesatuan Soviet (USSR), Mikhail Gorbachev satu masa dulu mengenai keadaan semasa negara bekas kesatuan komunis yang terbesar di dunia itu. Gorbachev menjadi Presiden terakhir USSR dari 1988 sehingga negara itu berpecah pada 1991.


"Saya tanya kepada Gorbachev, apa yang boleh dia katakan mengenai keadaan semasa di Soviet dalam satu soundbite. Dia kata 'baik', tapi saya lihat negara kesatuan itu sudah mula berpecah.


"Saya tanya lagi kepada Gorbachev, kalau dalam dua soundbite pula, apa yang boleh dia katakan mengenai keadaan semasa di Soviet. Dia kata 'tidak baik'," katanya sambil disambut gelak-tawa para hadirin.


Sehubungan itu, beliau berharap para hadirin dapat turut menghargai bagaimana beliau kagum dengan sikap Najib memberi jawapan dengan jujur dan bersahaja.
"Sikap Perdana Menteri (Najib) amat berlainan dan amat sukar ditemui. Ini memberi saya satu pandangan baru terhadap pengalaman dalam politik moden," ujar Major, yang menjadi pemudah cara kepada dua sesi soal jawab Najib dalam program AIC kali ini.


SUMBER: utusan Malaysia

PAKEJ JALUR LEBAR BARU LEBIH MURAH


Najib Tun Razak diperhatikan, ( dari kiri) DR. Rais Yatim; Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli dan Halim Shafie mancuba papan luncur sebagai simbolik melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Perkhidmatan Jalur Lebar Bekelajuan Tinggi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.

Perdana Menteri berkata, pakej baru itu yang akan turut disertakan dengan komputer netbook akan dikenakan yuran bulanan antara RM20 hingga RM38.
“Langkah ini salah satu daripada enam inisiatif yang diperkenalkan kerajaan bagi memudahkan rakyat kurang berkemampuan mendapat kemudahan jalur lebar,” katanya.

Beliau berucap melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; isterinya, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi Kumpulan TM, Datuk Halim Shafie.

Pada majlis itu, Najib turut memperkenalkan UniFi iaitu jenama baru bagi perkhidmatan HSBB TM.

Najib juga mengadakan sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berada di Kota Samarahan.

Pakej runcit HSBB merangkumi tiga perkhidmatan iaitu suara, video yang merangkumi televisyen protokol Internet (IPTV) dan video atas permintaan serta Internet berkelajuan tinggi.

HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat yang menyokong penawaran tiga perkhidmatan itu.

Dimeterai pada September 2008, HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan salah satu inisiatif utama NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara TM dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.

Pada fasa pertama mulai esok, kawasan yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. Ia akan diperluaskan ke 22 kawasan ibu sawat lain mulai Jun ini.


SUMBER: utusan Malaysia

Selasa, 16 Mac 2010

DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK TINJAU 3 KAMPUNG

KUCHING 2 Mac – Lebih 2,000 penduduk dari tiga buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semariang gembira kerana dapat menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat kampung mereka hari ini.
Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 4.30 petang diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan barisan Kabinet negeri bagi mendekati rakyat di Kampung Lintang, Kampung Sungai Bedil Besar dan Kampung Tanjung.
Najib bersama barisan pemimpin negeri berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk beramah mesra dengan penduduk kampung dan sempat menikmati keenakan makanan tradisional Sarawak seperti sesar unjur, umai dan linud yang dijamu penduduk di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Bedil Besar.
Perdana Menteri turut mengunjungi kediaman Allahyarham Mokhtar Deli yang pernah dikunjungi bapa beliau, Allahyarham Tun Razak Hussein pada 1964 semasa usaha membincangkan penggabungan Parti Panas dan Berjasa ketika itu.
Dalam ucapannya di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Bedil Besar, Najib berkata, kunjungan itu merupakan langkah untuk menegakkan sebuah kerajaan yang membela kepentingan rakyat.
Menurutnya, menerusi kunjungan itu beliau dapat menyelami sendiri permasalahan dan harapan rakyat secara terbuka tanpa sebarang protokol.
‘‘Dengan ini rakyat dapat melihat kerajaan yang ada pada hari ini iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) ialah kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat.
‘‘Saya akan melaksanakan pendekatan ini meliputi pelbagai kawasan di negara ini,” katanya.
Kunjungan Perdana Menteri ke Sarawak merupakan yang kedua dalam tempoh seminggu selepas lawatan kerja dua hari pada 22 dan 23 Februari lalu.
Dalam kunjungan minggu lepas, beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM6 juta bagi kerja-kerja mendalamkan Sungai Bedil Besar yang tender projek itu telah dibuka untuk direbut kontraktor tempatan.
Dalam pada itu, Najib memberitahu, peruntukan berjumlah RM1 juta untuk menyiapkan Dewan Orang Ramai Kampung Lintang serta RM400,000 bagi menyiapkan tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Lintang juga telah diluluskan.
SUMBER: utusan Malaysia

GAGASAN 1MALAYSIA KINI GERAKAN MASSA


KUALA LUMPUR 16 Mac — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh beliau kini sudah menjadi gerakan massa di peringkat akar umbi dan bukan lagi gagasan kerajaan semata-mata.
Beliau juga bersyukur dan bangga dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat terhadap gagasan tersebut seperti yang disaksikan dalam lawatan tinjauan mesra ke beberapa kawasan seperti Pantai Dalam, Jalan Petaling dan Brickfields tidak berapa lama dulu.


"Saya berasa kagum bahawa sebutan Salam 1Malaysia telah menjadi kelaziman ramai pihak, tambahan pula banyak inisiatif daripada rakyat sendiri untuk meraikan dan mengenal pasti dengan lambang 1Malaysia secara simbolik seperti perkahwinan 1Malaysia di antara empat pasangan di Kapar baru-baru ini yang terdiri daripada dua pasangan Melayu, satu Cina dan satu India yang disaksikan oleh saya sendiri.
"Simbol 1Malaysia juga sudah menjadi sangat popular digunakan oleh badan korporat, badan sukarela dan juga sebagai simbol motif dalam bentuk pakaian,” katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Alexander Nantha Linggi (BNKapit) di sini.


SUMBER: Bernama

Isnin, 15 Mac 2010

SMK BUKIT PAYONG SERTAI PERTANDINGAN MENULIS SURAT UNTUK PERDANA MENTERI


BESUT 7 Mac - Berbekalkan hasrat untuk menyumbang idea bernas dan praktikal mendorong seramai 210 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong (SMKBP) dekat sini menyertai Pertandingan Menulis Surat Untuk Perdana Menteri.
Hari ini, satu majlis ringkas diadakan di pekarangan dewan sekolah tersebut bagi menyerahkan penyertaan yang diketuai oleh Fatin Najihah Che Jusoh kepada pengetua sekolah, Hamidah Mohamad untuk dihantar kepada penganjur.

Pertandingan anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Pos Malaysia Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kementerian Pelajaran itu bermula 29 Disember lalu dan berakhir pada 19 Mac ini.

Guru Penyelaras, Mohd. Hussni Mohamad Suhaimi berkata, pihak sekolah memberi masa tiga minggu untuk mengumpul penyertaan dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan juga Panitia Sivik dan Kewarganegaraan sekolah.Katanya, pelajar dari Kelas Rancangan Khas (KRK) turut menunjukkan komitmen tinggi menyiapkan surat tersebut. Akhirnya sehingga tempoh yang diberikan, lebih 200 pelajar berjaya menyiapkan surat mereka.
SUMBER: utusan Malaysia

PABM2010-PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MALAYSIA PERINGKAT AKHIR

BUDI BAHASA BUDAYA KITA



SERUAN Y. A. B. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA



kecemerlangan, kegemilangan dan
keterbilangan kita akan muncul, jika
sekiranya kita menjadi satu bangsa
yang berpekerti mulia, berbudi
tinggi dan berbahasa baik


"Pembangunan modal insan menjadi sangat
penting kepada negara pada masa depan
dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti
bukan sahaja dari segi pendidikan,
kepakaran ... tetapi juga dari segi nilai
moral yang tinggi, bertanggungjawab
dan mengutamakan nilai-nilai
murni dalam kehidupan"


SUMBER: kebudayaan