? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM 1 MALAYSIA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MY NAME

ANDA PENGUNJUNG YANG KE??

SLOGAN 1MALAYSIA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SLOGAN ICT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SALAM MAULIDUR RASUL

SELAMAT MENGAHADAPI PEPERIKSAAN PMR TAHUN 2010

Ahad, 4 April 2010

IKRAR DATUK SERI NAJIB-TERUS BEKERJA UNTUK RAKYAT

HULU SELANGOR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk terus bekerja bersungguh-sungguh bagi mendukung amanah rakyat sempena ulang tahun pertama pentadbirannya hari ini.
Sambil mengakui tidak mudah untuk mentadbir sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, Perdana Menteri berkata, hanya kerajaan yang benar-benar berpengalaman mampu membawa negara ini melangkah lebih jauh.
"Sempena ulang tahun yang pertama ini, saya berikrar sekali lagi bersama dengan rakan-rakan saya dalam pentadbiran bahawa kami akan bekerja bersungguh-sungguh supaya negara kita ini terus berjaya dan bukan sebaliknya.
"Negara seperti Malaysia tidak mudah untuk ditadbir dan saya sebagai Perdana Menteri amat merasai perkara ini. Sebab itu penting untuk rakyat memilih pemimpin yang tepat dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak pengalaman untuk menguruskan negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi di sini hari ini.
Perdana Menteri menambah, beliau bersyukur kerana sepanjang setahun pentadbirannya, kerajaan telah membawa banyak perubahan yang menguntungkan rakyat manakala sesetengah lagi hanya menunggu masa untuk membuktikan kejayaannya.
"Ibarat kita menanam pokok takkan hari ini tanam, kita sudah hendak petik buah, ada juga sehari dua boleh nampak kejayaan, ada juga yang memakan masa, tetapi saya amat teliti tentang perkara ini.
"Saya juga akan memastikan segala janji BN kepada rakyat akan dilaksanakan kerana perjuangan parti adalah untuk membantu dan membela kepentingan rakyat,'' jelasnya.
Mengulas mengenai hasil kaji selidik Merdeka Centre bahawa sebanyak 68 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasinya selaku Perdana Menteri, Najib berkata, ia petanda yang baik.
"Saya tak tahulah apa ukuran kepercayaan ini tetapi saya dapat lihat pada wajah tuan-tuan dan puan-puan bila saya bersalaman pagi tadi, nampaknya air muka yang manis.
"Bila saya bersalaman saya dapat merasa arus yang baik, yang positif bukan arus yang menyentak saya, itu mungkin satu ukuran,'' katanya.

OERUMAHAN UNTUK GENERASI BARU FELDA

Najib Tun Razak yang genap setahun sebagai Perdana Menteri, meninjau model rumah kos rendah untuk warga Felda ketika mengadakan lawatan di Hulu Selangor, semalam.
HULU SELANGOR 3 April - Kerajaan sekali lagi mengotakan janjinya untuk mendahulukan rakyat apabila bersetuju membina sebuah lagi projek perumahan warga Felda untuk Gugusan Felda Sungai Dusun di kawasan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan sedar tentang keperluan dan permintaan generasi baru Felda yang memerlukan rumah kediaman.
"Projek yang akan dilaksanakan ini terletak di Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar melibatkan pembinaan 250 unit rumah.
"Rumah yang akan dibina ini adalah berkonsep mampu milik terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik,'' katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan di Felda Soeharto di sini hari ini.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, projek perumahan itu merupakan sebahagian daripada komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu generasi baru Felda memiliki rumah yang selesa.
Katanya, warga peneroka boleh memiliki rumah tersebut melalui pembiayaan daripada institusi kewangan dan bagi yang tidak mendapat pembiayaan, mereka boleh memiliki rumah melalui skim sewa beli.
Mengenai kos pembinaan rumah berkenaan Perdana Menteri berkata, ia menelan belanja kira-kira RM32 juta.
"Harga setiap unit ialah RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah,'' ujarnya.
Najib menjelaskan, kerajaan terpaksa membiayai kos infrastruktur projek itu berjumlah RM20,000 seunit yang terdiri daripada kos sistem kumbahan, perparitan, jalan, tiang lampu, tempat rekreasi dan seumpamanya kerana hasil jualan rumah itu sebenarnya tidak mampu menampung kos pembinaan.
Jelas beliau lagi, sehingga kini kerajaan telah menyiapkan 1,357 unit rumah di empat lokasi dengan kos berjumlah RM54.8 juta dan ia sudah diduduki oleh peneroka.
Menurutnya, sebanyak 1,326 unit lagi sedang dalam pembinaan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM118.8 juta dan dijangka siap secara berperingkat dalam tahun ini.
SUMBER: utusan Malaysia/mingguan malaysia

NAJIB TUN RAZAK MENERIMA CENDERAMATA


Najib Tun Razak menerima cenderamata semasa melawat pit stop pasukan Mercedez Gp Petronas F1 Team ketika Formula 1 Malaysia Grand Prix 2010 di Litar Sepang, 4 April.
SUMBER: utusan Malaysia

Khamis, 1 April 2010

3 LANGKAH BARU ELAK SELEWENG KONTRAK KERAJAAN

Najib Tun Razak diiringi Ahmad Husni Hanadzlah bersalaman dengan kakitangan Kementerian Kewangan di Majlis Pelancaran Portal MyProcurement-Pusat Maklumat Perolehan Kerajaan di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA 1 April - Kerajaan melaksanakan tiga lagi langkah tambahan berkaitan perjanjian integriti sebagai usaha mengelakkan rasuah dalam urusan perolehan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah yang dikuatkuasakan mulai hari ini mewajibkan semua pembida tender menandatangani surat akuan pembida dan surat akuan pembida berjaya.
Seterusnya, beliau berkata, pembida berjaya perlu menandatangani teks perjanjian yang mengandungi klausa pencegahan rasuah dalam perolehan kerajaan.
"Saya dimaklumkan bahawa surat arahan Perbendaharaan bertarikh 1 April 2010 berkaitan langkah-langkah 'integriti pact' disampaikan kepada semua pegawai pengawal pada pagi ini.
"Semua inisiatif itu dilakukan demi untuk memperbaiki dan memperkukuhkan tahap integriti dan ketelusan sistem perolehan kerajaan," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan portal Myprocurement di sini hari ini.
Portal berkenaan yang dibangunkan oleh tenaga pakar dalaman Kementerian Kewangan merupakan hasil inisiatif 'Membanteras Rasuah' di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Klausa khas mengenai 'integrity pact' telah dimasukkan dalam semua teks perjanjian kontrak-kontrak kerajaan mulai 28 Februari 2009 untuk meningkatkan tahap integriti dalam semua urusan perolehan kerajaan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, klausa berkaitan pencegahan rasuah dalam teks perjanjian perolehan kerajaan merupakan satu komitmen dan akujanji pembida yang berjaya.
"Kalau dia (pembida) gagal memenuhinya maka tindakan boleh diambil dan sebelum itu dia kena faham apa tanggungjawab sebagai seorang yang sudah mendapat kontrak," katanya.
Sementara itu beliau berkata, portal Myprocurement yang boleh diakses melalui laman web Perbendaharaan dapat meningkatkan ketelusan selain memastikan keseragaman dalam penyebaran maklumat berkaitan perolehan kerajaan.
Katanya, portal itu memaparkan iklan tender, keputusan tender, dasar perolehan kerajaan, tatacara perolehan, soalan-soalan lazim, integriti pact dan lain-lain.
"Selama ini, persepsi orang ramai terhadap urusan perolehan kerajaan adalah kurang memuaskan malah ada suara-suara yang membangkitkan ketidakseragaman dalam penyebaran maklumat mengenai tawaran tender, ketidakadilan dalam proses pemilihan tender dan macam-macam lagi.
"Ada yang berpendapat kerajaan kurang mengambil berat dan tidak mempunyai iltizam politik yang kuat untuk memperbetulkan isu-isu tersebut," katanya.
Justeru beliau berkata, melalui portal berkenaan, kini orang ramai lebih mudah mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Memandangkan portal itu menjadi pusat pengumpulan semua maklumat perolehan kerajaan, Perdana Menteri mahu semua pegawai memberikan komitmen bagi memastikan semua iklan dan keputusan tender sentiasa dikemaskinikan.
"Maklumat yang dimuat naik mesti tepat dan cepat bagi menjamin integriti data tersebut agar tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak memandangkan maklumat tersebut dipaparkan kepada pengetahuan umum," katanya.
Beliau berkata, keputusan tender akan dipaparkan dalam tempoh 14 hari atau lebih cepat setelah surat setuju terima dikeluarkan kepada penerima tender yang berjaya.
"Maklumat dalam portal akan dikemaskinikan setiap satu jam sebab setiap kementerian akan mengemaskinikan maklumat masing-masing dan kita akan memuat naik apa yang dilakukan kementerian berkenaan," katanya.


SUMBER: Utusan Malaysia