Tanggal 3 April 2009 satu sejarah baru tercatat lagi dalam negara kita. YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam, menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Semasa peristiwa bersejarah majlis angkat sumpah tersebut, saya rasa puas dan bangga, majlis tersebut disaksikan oleh dua orang bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.
Tidak sangka betul saya dengan perdana menteri baru kita buat ucapan sulung sebagai Perdana Menteri. Ternyata, ucapannya sangat memberi kesan mendalam pada seluruh rakyat Malaysia.
Saya rasa bangga betul bila Dato’ Seri Najib menyebut begini, “ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.
Untuk makluman kalian semua, apa yang perdana menteri baru kita sebut pasal Satu Malaysia, ada kaitan dengan usaha Jabatan Penerangan dalam Kempen Malaysia Perkasa dengan slogan Satu Jiwa, Satu Malaysia. Saya berharap sangat kempen ni dapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia.
Kepada YAB Dato’ Seri Najib, betulah kata orang, beliau mewarisi kepimpinan Allahyarham bapanya Tun Razak, yang tak pernah jemu berbakti pada rakyat sampai akhir hayatnya.
Saya yakin Dato’ Seri Najib mampu melaksanakan satu tranformasi kepada negara, demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama berganding bahu memberikan sokongan padu kepada kepimpinan baru negara.
0 ulasan:
Catat Ulasan