PENGENALAN KEPADA RUKUN NEGARA
Pencapaian perasaan kebangsaan serta identiti dan nilai bersama di kalangan rakyat negara ini boleh dicapai melalui dua cara. Pertama, kepatuhan rakyat kepada ideologi negara iaitu “Rukunegara”.
Rukunegara adalah menjadi menjadi peraturan hidup atau norma hidup yang sangat penting kepada setiap anggota masyarakat di negara ini. Kepatuhan kepada norma sosial adalah sangat penting, jika diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini,sudah pasti ia akan dapat mewujudkan perpaduan di kalangan kelompok berbagai kaum di negara itu.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Ini bermaksud bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia. Walaupun demikian, agama-agama lain daripada Islam boleh dipraktikkan oleh lain-lain kaum mengikut kepercayaan masing-masing . Tidak ada diskriminasi dikenakan kepada mana-mana anggota masyarakat atas dasar kepercayaan agama mereka. Menurut prinsip ini juga, negara kita tidak mengakui sebarang ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan.
KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Prinsip ini menekankan bahawa setiap rakyat negara ini perlu memberikan kesetiaannya yang ujur kepada Raja yang memerintah negara Malaysia iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekankan bahawa adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap rakyat yang setia untuk memahami dan menghormati isi kandungan, semangat serta latar belakang sejarah perlembagaan Malaysia. Latar belakang sejarah sangat penting kerana ia memberikan segala penghuraian dan perincian mengenai aspek-aspek yang berkaitan kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan lain-lain keistimewaan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak. Jelaslah bahawa keinsafan tiap-tiap warganegara ini adalah untuk menghormati serta mendukung isi kandungan perlembagaan serta boleh meninggikan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Sistem pemerintahan dan keadilan negara adalah berteraskan kepada undang-undang yang dibuat oleh kerajaan. Tiap-tiap rakyat negara ini tanpa mengira keturunan, agama dan kepercayaannya mendapat hak yang sama dari segi undang-undang. Hak kebebasan individu ini dijamin oleh undang-undang.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Mengikut prinsip ini, tiap-tiap orang dan kumpulan dalam masyarakat adalah dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara sopan dan susila. Ia haruslah mempunyai moral yang tinggi, menghormati orang lain dan menghindarkan dirinya daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang sensitif kepada sesuatu kaum seperti hal-hal yang berkaitan dengan ketaatan seseorang rakyat atas dasar asal keturunan kaumnya, bahasa, kebudayaan serta agama dan kepercayaan.
SUMBER: tutor
0 ulasan:
Catat Ulasan